Pengenalan

Memahami ke atas kesultanan melayu  yang tertua dalam sejarah Malaysia.Selain itu,beberapa kerajaan lain di tanah melayu telah wujud zaman pra-islam lagi seperti kerajaan Pahang dan kerajaan perak.Di samping itu,selain tanah melayu kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agong lain sebelum Melaka seperti kerajaan Funan,Srivijaya dan Majapahit.Seterusnya,Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. pada tahun 1391,kerajaan srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit hal ini menyebabkan tentera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikut nya mengundur kan diri hingga ke temasik(singapura) pada waktu itu singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya,siam.Selain itu,pengasasan kesultanan-kesultanan melayu lain ialah petempatan awal di Perak telah terbukti wujud seawal zaman prasejarah dengan penemuan perbagai artifak daripada kajian arkeoloji di kawasan-kawasan seperti kota tampan dan gua badak di lenggong,gua kerbau di sungai siput dan gunung churau di ipoh.Pengasas kesultanan perak adalah dari kesultanan Melaka apabila Melaka diserang portugis pada tahun 1511,Sultan Mahmud dan anakanda baginda,Sultan Ahmad telah berundur ke johor dan bergerak ke beberapa buah tapak dalam usaha untuk merampas semula kota Melaka disamping mengelakkan diri daripada serangan balas oleh portugis.

    Petempatan awal di Pahang juga terbukti dengan penemuan arkeologi yang merujuk pada zaman Mesolitik,Neolitik dan Gangsa.Antara kawasan tersebut ialah sungai Lembing,Tembeling dan Tresang.Selain itu,Nama Pahang juga turut tercatat dalam catatan pengembara-pengembara terdahulu dengan pelbagai nama.mengikut catatan pengembara arab,eropah dan china,Pahang ditulis’pam’,’pan’,’paam’,’paon’,phaan’,’phand’,’pahan’,’pan-pan’dan’pan-hang’.Hikayat Hang Tuah menyebut Pahang sebagai indrapura . Pengasasan kesultanan Pahang pada abad ke- 15  juga dari kesultanan Melaka . sulalatus salatin menyebut semasa pemerintahan Melaka oleh sultan Mansur syah , putra baginda , iaitu raja muhamad telah membunuh putra bendahara , iaitu tun besar kerana bermain sepak raga dan bola nya telah terkena destar baginda . oleh itu , untuk membalas perbuatannya yang zalim,sultan Mansur telah menitahkan raja muhamad dibuang dari Melaka dan di rajakan di Pahang . maka , baginda menjadi sultan Pahang yang pertama bergelar sultan muhamad syah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan