Sistem
pemerintahan dan pentadbiran
Sehingga kini sistem pemerintahan beraja
diamalkan. Raja atau sultan menjadi tonggak utama dalam sistem ini dan dibantu
oleh para pembesar di peringkat negeri dan daerah serta penghulu diperingkat
kampung . Sultan juga merupakan lambang kedaulatan negeri . Raja yang berdaulat
memiliki kesempurnaan , kebolehan dan keistimewaan dalam mentadbir kerajaan .
Baginda akan memastikan tugas yang diamanahkan kepada pembesar dan rakyat
dilaksanaakan . Kedaulatan dapat menjamin keamanan , kesetiaan dan sokongan
rakyat terhadap pemerintahan tersebut . Kecemerlangan , keunggulan peribadi dan
keplahlawanan sultan menentang musuh akan mengukuhkan kedaulatannya . Perintah
raja atau sultan mesti dilaksanakan dan kepada sesiapa yang tidak menurut
perintah akan dianggap sebagai menderhaka dan akan ditimpah tulah ( bencana ) .
Tugas
pembesar kerajaan melayu :
1. Pembesar peringkat negeri
Membantu pentadbiran dan melaksanakan
perintah sultan dan diberikan kuasa mentadbir dan mengutip cukai di kawasan
tertentu .
2. Pembesar peringkat jajahan dan daerah
Dilantik terus oleh sultan melalui
pemberian yang bertauliah . Tugasnya adalah untuk menjaga dan mengekalkan
keamanan kawasan jajahan . Mempertahankan kedaulatan negeri dan akan
menyerahkan sebahagian hasil dan cukai kepada kerajaan serta menyediakan tenaga
kerja .
3. Pembesar peringkat kampung
Tugas ketua kampung atau penghulu
kampung adalah untuk memunggut cukai , membekalkan tenaga tentera , mengekalkan
taat setia masyarakat kampung dan menjadi perantaaran antara pembesar dengan
rakyat . Didalam pentadbiran kampung , terdapat juga golongan yang terpenting iaitu
golongan agama dan magis
GOLONGAN
AGAMA
|
AHLI
MAGIS
|
·
Merupakan
golongan cerdik pandai dalam agama Islam .
·
Penting
dalam urusan pemerintahan.
·
Menjadi
penasihat sultan , kadi , mufti atau
pembesar negeri .
·
Berdakwah
dan mengendalikan pengajian agama .
·
Menghasilkan
karya agama .
·
Pada
peringkat kampung , tugasnya sebagai imam , khatib , bilal dan jurunikah .
|
·
Ahli
magis merupakan pawang atau bomoh .
·
Mereka
mahir dalam bidang perubatan .
·
Berkemampuan
mengubati dan menyembuhkan penyakit .
·
Berpengetahuan
tentang khasiat akar kayu dan herba .
·
Dilantik
menjadi pemimpin dalam masyarakat kampung .
|
Kedaulatan akan diperkukuhkan dengan
alat-alat kebesaran dan keistimewaan tertentu yang tidak boleh digunakan oleh
rakyat biasa . Antaranya cop mohor diraja , tengkolok atau destar , keris ,
pedang , kembing dan tombak berambu , payung ubur-ubur berwarna kuning , kendir
, ketur , kipas dan tepak sirih , penggunaan warna kuning sebagai perhiasan
pada sapu tangan dan tepi tabir . Payung putih untuk anak raja manakala payung
kuning untuk raja dan nobat ( alat muzik diraja )
Institusi
Kesultanan
1. Adat istidat adat istiadat melayu :
Adat istiadat Melayu banyak
memperlihatkan campuran unsur local dan unsur luar selaras dengan kedatangan
Hindu , Islam dan Barat ke alam Melayu . Dalam pemerintahan Malaysia ,
unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran islam dibenarkan.
Melalui prisipal “ principal of co-existence “ ini , orang Melayu dapat
menyesuaikan adat dan agama secara harmonis , walaupun ada aspek- aspk tertentu
yang bertentangan tapi terus diamalkan.
2. Agama islam :
Orang Melayu hampir seluruhnya beragama
Islam . Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan anamisme masih dapat
dilihat dalam sistem kepercayaan mereka . Islam tidak dapat menghapuskan dalam
seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisne terjadi dimana unsur
kepecayaan sebelum islam ada secara latin atau disesuaikan dengan unsur Islam.
Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu ( pengubatan
tradisional ) , dan dalam beberapa upacara adat .
3. Bahasa Melayu telah diteruskan
oleh negeri-negeri tersebut :
(Johor ,Perak dan Pahang)
Bahasa Melayu menjadi bangsa
kebanggasaan dan bahasa penghantar disemua negeri-negeri berkenaan. Bahasa
Melayu yang menjadi lingua france penduduk dunia Melayu ( Nunsantara ) sejak
sekian lama juga telah dipilih oleh pemerintah Indonesia menjadi bahasa rasmi
negara tersebut .
4. Sistem perundangan
Sistem perundangan ini terbahagi kepada
dua iaitu Undang-undang Melayu dan Undang-undang Bertulis . Undang-undang
Melayu pula terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung .
Manakala Undang-Undang bertulis pula terbahagi kepada lima iaitu , Hukum Kanun
Melaka , Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang , Undang-undang 99
Perak dan Undang-undang Kedah . Undang-undang adat merupakan peraturan yang
berdasarkan amalan kebiasaan dalam masyarakat . Ianya
dihafal secara turun-temurun dan menjadi peraturan yang mesti dipatuhi .
ADAT
TEMENGGUNG
|
ASPEK
|
ADAT
PERPATIH
|
·
Bercorak
autokratik.
·
Kuasa
tertinggi di tangan raja atau sultan.
·
Raja
ialah ketua pentadbir ,ketua agama dan simbol kedaulatan serta kepaduan
rakyat.
|
·
Sistem
pemerintahan
|
·
Unsur
demokrasi dan permuafakatan ditekankan.
·
Setiap
suku mempunyai wakil dalam pemerintahan.
·
Keputusan
dibuat secara bersama.
·
Yamtuan
Besar sentiasa berunding dengan Undang dalam membuat keputusan.
|
·
Mengikut
sebelah ibu dan ayah.
·
Lelaki
diberikan keutamaan selari dengan hukum syarak. Ini kerana lelaki ialah ketua
keluarga.
·
Nasab
keturunan dikira daripada sebelah bapa.
|
·
Sistem
kekeluargaan
|
·
Setiap
ahli suku bersaudara.
·
Dari
segi jurai keturunan , keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai ini
melahirkan suku.
|
·
Perkahwinan
dilakukan mengikut hokum syarak.
|
·
Perkahwinan
|
·
Perkahwinan
sesame suku dilarang kerana suku yang sama dianggap bersaudara.
|
·
Anak
lelaki diutamakan kerana lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besar
berbanding wanita.
|
·
Pembahagian
harta pusaka
|
·
Pewarisan
harta diberatkan di sebelah ibu kerana anak perempuan menjadi asas kewujudan
suku.
|
·
Bertujuan
memberikan pengajaran.
·
Sultan
melaksanakan hukuman. Pembesar atau penghulu boleh melakukannya sekiranya
mendapat mandat.
|
·
Hukuman
|
·
Bertujuan
untuk pemulihan, iaitu menyedarkan pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan.
|
Undang-undang
Bertulis pula merupakan himpunan peraturan , larangan dan adat istiadat dalam
bentuk bertulis. Undang-undang terawal yang digubal pada zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka adalah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka . Undang-undang tersebut tersebar lalu mempengaruhi undang-undang
bertulis di negeri Johor, Perak dan Pahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan